Perkhidmatan Kaunseling
MAKLUMAT
Hubungi Kami Borang Permohonan Kaunseling (Rujukan Sendiri)
Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK)
Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan boleh mendapatkan khidmat seperti berikut:
- Khidmat kaunseling (individu dan kelompok) kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan melalui rujukan Jabatan/Kementerian/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Mencalonkan pegawai dan kakitangan Kerajaan untuk diserapkan ke dalam program-program BPK seperti Program Rakan Musaaid Perkhidmatan Awam dan Program Kedayatahanan Jati Diri Perkhidmatan Awam
- Program-program taklimat dan motivasi yang boleh direka khusus menurut permintaan yang dihadapkan (tertakluk kepada ketersediaan pihak BPK)
**Tatacara merujuk mana-mana pegawai atau kakitangan kepada BPK:
- Menghadapkan Surat/Memorandum kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, U.P. Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, dengan menyatakan nama, jawatan serta menyatakan sebab-sebab mereka dirujuk/apa yang diperlukan daripada pihak BPK
- Mengemukakan permohonan melalui Sistem Sumber Manusia (SSM)
Individu (Penjawat Awam) boleh mendapatkan khidmat seperti berikut:
- Khidmat kaunseling individu dan kelompok secara rujukan sendiri (self-referral).
**Tatacara merujuk mendapatkan khidmat BPK:
- Menghubungi pihak BPK melalui emel kaunselingjpa@psd.gov.bn
- Menghubungi pihak BPK melalui talian +673 238 2469
- Mengemukakan permohonan melalui Sistem Sumber Manusia (SSM)
- Borang Permohonan Kaunseling (Rujukan Sendiri) di bahagian Hubungi Kami (*hanya jika borang tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dibincangkan)