|
Bil
|
Soalan
|
Jawapan
|
|
1.
|
Adakah “Nationality” dikira sebagai Qualification atau Eligibility?
|
Nationality” dikira sebagai Qualification.
|
|
2.
|
Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat kelulusan (Qualifications) Kakitangan?
|
Dept HR Administrator di Jabatan masing-masing bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat kelulusan (Qualifications) Pegawai / Kakitangannya.
|
|
3.
|
Bilakah maklumat Qualification dikemaskini? Adakah perlu menunggu sokongan ataupun setelah Kakitangan tersebut melapor?
|
Dept HR Administrator boleh mengemaskinikan maklumat Qualifications yang terkini setelah Pegawai / Kakitangan tersebut melapor.
|
|
4.
|
Adakah sijil yang tertinggi sahaja yang dimasukkan untuk Qualification?
|
Kesemua sijil-sijil kelayakan perlu dimasukkan, contohnya; Sijil HSSE (Health, Safety, Security & Environment)
|
|
5.
|
Bolehkah dicetak/print Catalog Qualification?
|
Boleh. Hanya dalam bentuk format pdf sahaja.
|
|
6.
|
Apakah fungsi “Profile Matchup Reporting”?
|
Ia digunakan untuk membandingkan antara kelayakan Kakitangan dan syarat-syarat kelayakan bagi satu Jawatan.
|
|
7.
|
Dibawah “Career Planning”, apakah peranan ruang “Key Date”?
|
Ia adalah untuk menunjukkan versi laporan sehingga tarikh yang telah diisikan.
Contoh:
Pada 01.06.2022 ada 1 Jawatan yang kosong Pada 05.06.2022 ada 1 lagi Jawatan yang kosong Secara keseluruhannya, ada 2 Jawatan yang kosong.
Jika dimasukkan “Key Date”: 03.06.2022 Ia akan memaparkan 1 Jawatan sahaja yang kosong.
Jika dimasukkan “Key Date”: 07.06.2022, laporan akan memaparkan ada 2 Jawatan yang kosong.
|
|
8.
|
Jika Kakitangan telah beberapa kali mengambil peperiksaan (kerana masih gagal), perlukah dikemaskinikan setiap kali beliau menduduki peperiksaan ataupun ditunggu sehingga lulus?
|
Dept HR Administrator boleh memasukkan keputusan peperiksaan yang gagal dan sekiranya sudah lulus, HR perlu menambah “add” saja keputusan yang terkini dan memadamkan rekod sebelumnya (yang gagal).
|
|
9.
|
Bagi kod transaksi PEPM, adakah ianya boleh memilih Jawatan-jawatan yang ada pemegang?
|
Bagi kod transaksi PEPM, ia boleh memilih Jawatan-Jawatan yang ada pemegang.
|
|
10.
|
Adakah Dept HR Administrator dapat melihat semua senarai yang layak dicalonkan didalam Jabatannya sahaja atau dapat juga melihat senarai dari Jabatan lain?
|
Dept HR Administrator hanya dapat melihat senarai yang layak dicalonkan didalam Jabatannya sahaja.
|
|
11.
|
Siapakah yang mengesahkan senarai Succession Planning Pegawai/Kakitangan yang layak dicalonkan?
|
Penjanaan laporan bagi modul ini adalah untuk memudahkan mencari Kakitangan yang berpotensi dan layak untuk menjawat Jawatan berkenaan.
Walaubagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat secara offline oleh pihak yang bertanggungjawab mengendalikannya.
|